Girls' Secrets
tadi .. meerza blogwalking .. and guess what i found ! meerza jumpe 1 post tentang
Rahsia Perempuan .. meerza hampir nangis bace post nie .. cause .. It's so true ! .. ok , nk tahu ape rahsienye ? .. bacelaa ..
Rahsia Perempuan
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih , tetapi dia tidak menitiskan airmata , itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya .
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya , lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf .
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang ( sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan ) .
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan kawan2 dan keluarga dia .
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair .
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian .
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut , jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan , dia akan lakukan apa saja .
8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya , biarkan dia untuk seketika . Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan , cubalah tegur dia perlahan - lahan .
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa . Muzik , puisi , lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka .
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna .
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita .
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif , misalnya menghubunginya melalui telefon , si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat , tetapi sebaik saja ganggang diletakkan , dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit , semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut .
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita . Jadi jangan senyum sebarangan .
14. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya .Tanya dia sendiri !
15. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis , cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta .
16. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui .
17. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik .
18. Cinta bermaksud kesetiaan , ambil berat , jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi .
19. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati .
20. Senjata wanita adalah airmata !
21. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya ( hadiah , bunga atau sekadar kad ucapan romantis ) . Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
22. Wanita suke pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya .
23. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa .
Dah bace ? Good then , btw meerza just copy paste jer .. :)
It's too good to be true .. rite ?
Sincerely
Meerza Syazz
« Older posts | Newer posts»